Isnin, 30 Disember 2013

Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search


FAM putuskan <b>Amirulhadi Zainal</b> milik JDT ABN News | BM

Posted: 27 Dec 2013 02:17 AM PST

PETALING JAYA – Isu perebutan pemain tengah, Amirulhadi Zainal antara Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akhirnya selesai.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan pemain itu adalah hak mutlak PBNJ selepas pihaknya selesai melakukan siasatan.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Taikyuddin Hassan menjelaskan, kontrak yang ditandatangani Amirul Hadi dengan PBNJ adalah sah walaupun dia dilaporkan baru mengikat kontrak dengan PBNP selama dua tahun.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat oleh majoriti ahli jawatankuasa.

"Setelah kami meneliti segala dokumen-dokumen yang telah dikemukakan kepada kami dan juga mendengar keterangan semua pihak yang dipanggil termasuk wakil Pahang dan Johor maka kita telah mengambil keputusan muktamad.

"Kami secara majoriti setuju dan mendapatu kontrak Amirulhadi Zainal dengan PBNP adalah meragukan dan kami menganggap kontrak itu tidak sah," katanya.

Bagaimanapun Takiyuddin berkata, Amirulhadi tetap akan didenda sebanyak RM25,000.

Ini kerana beliau didapati bersalah atas dua kesalahan iaitu tidak mendedahkan keadaan sebenar pada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan kontrak yang telah ditandatangani dengan Pahang.

Selain itu Amirulhadi juga gagal membuat pengesahan dengan Pahang apabila mengikat kontrak baru dengan JDT.

Jawatankuasa Status Pemain FAM membuat keputusan tersebut berdasarkan Artikel 2, perenggan 5(C)1 dalam lampiran 3A Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM.

<b>Amirulhadi Zainal</b> milik JDT | Liga Malaysia 2013

Posted: 26 Dec 2013 11:46 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Jawatankuasa Status Pemain FAM telah menetapkan denda Rm25k ke atas Amirulhadi Zainal dan disahkan menjadi milik JDT untuk musim 2014. — JOHOR FAN CLUB (@JohorFanClub1) December 27, 2013. Keputusan ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Amirul Hadi Zainal

Copyright 2010 All Rights Reserved