Jumaat, 22 November 2013

Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search


<b>Amirulhadi</b> belum pasti | Berita Malaysia

Posted: 10 Nov 2013 03:01 PM PST

Kuantan: Tonggak utama skuad Tok Gajah, Amirulhadi Zainal masih belum membuat keputusan sama ada kekal bersama Pahang atau beralih angin ke Johor Darul Takzim (Johor DT) musim depan.

Pemain kelahiran Alor Gajah, Melaka itu berkata, setakat ini, dia masih menghormati kontrak bersama Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang hanya berakhir hujung bulan ini.

Menurutnya, hala tuju kerjayanya dalam saingan Liga Malaysia musim depan akan diputuskan hujung bulan ini.

"Buat masa ini saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai kedudukan saya dalam Liga Malaysia musim depan.

 Amirulhadi belum pasti

AMIRULHADI (kanan) masih mempunyai kontrak bersama Pahang hingga hujung bulan ini.


"Saya masih mempunyai kontrak bersama Pahang hingga akhir bulan ini dan seelok-eloknya saya tidak membuat sebarang komen untuk menjaga hati kedua-dua pihak," katanya.


Kelmarin, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu mendapatkan pengesahan daripada Amirulhadi sama ada pemain itu akan bersama Johor DT.

Musim ini, keputusan Amirulhadi yang beralih angin ke Pahang selepas menabur bakti bersama Selangor berbaloi apabila membantu Pahang muncul juara Piala Malaysia.

Lebih manis, kejayaan itu menamatkan kemarau 21 tahun selepas kali terakhir Pahang menjulang piala berprestij itu pada 1992 manakala kali pertama melakukannya pada 1983.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/11

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Amirul Hadi Zainal

Copyright 2010 All Rights Reserved