Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search |
<b>Amirulhadi Zainal</b> ( YOL ) Sah Milik Johor Darul Takzim Posted: 27 Dec 2013 06:38 PM PST KONTROVERSI yang melibatkan bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal selesai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu menjadi milik Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim depan. Pemain berusia 27 tahun yang juga mesra dengan panggilan 'Yol' itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT untuk musim depan. Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, penyertaan Amirulhadi ke Harimau Selatan tidak menjadi isu selepas pihaknya mendapati perjanjian Amirulhadi bersama PBNP tidak sah. Amirulhadi dan Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya turut hadir pada mesyuarat itu. Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga pihak dibenarkan mengemukakan rayuan kepada FAM sebelum Rabu ini. |
You are subscribed to email updates from Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan