Rabu, 18 Disember 2013

Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :- Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search

Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search


Piya, <b>Amirulhadi</b> Jadi Tumpuan - Rembat!

Posted: 29 Nov 2013 04:44 PM PST

Dikemaskini: November 30, 2013

ABK2013 Piya, Amirulhadi Jadi Tumpuan

Pemain tengah boleh diibaratkan sebagai perancang sesebuah pasukan dalam merencana hala tuju permainan di atas padang. Siapakah antara 6 pemain bakal dinobat penerima anugerah musim ini? Kapten Kelantan, Badhri Radzi, Nurul Azwan Roya (JDT), Christie Jayaseelan (ATM), Joseph Kallang Tie (Sarawak) dan dua calon dari pahang, R. Gopinathan, Amirulhadi Zainal melengkapkan senarai pendek enam calon kategori pemain tengah terbaik.

Pemenang musim lalu, Safiq Rahim, telah gagal dicalonkan dalam kategori ini selepas persembahan hambar bersama Johor Darul Takzim menyaksikan akan ada pemenang baru kali ini.

Jika dilihat, peluang tertumpu kepada Badhri Radzi dan Amirulhadi Zainal untuk dinobatkan selaku pemenang, bersandarkan prestasi cemerlang bersama pasukan masing-masing musim ini.

Badhri Radzi sentiasa menjadi penyelamat pasukan demi memastikan kemenangan dan kejuaraan milik Kelantan. Walaupun gagal menyerlah di saingan Liga Super, dia dijulang pasukan ketika membantu Kelantan mempertahan Piala FA sekaligus dinobat pemain terbaik perlawanan akhir. Lebih dikenali dengan gelaran Piya, dia turut membantu Kelantan mara ke final Piala Malaysia walaupun tumpas ditangan Pahang.

Bagaimanapun, Amirulhadi Zainal dilihat mampu mencabar Piya untuk gelaran pemain tengah terbaik. Beliau mempamer prestasi terbaik membantu pasukannya ke separuh akhir Piala FA dan kemudiannya menjulang gelaran Piala Malaysia bersama Pahang untuk menutup musim pertama bersama pasukan baru dengan gemilang.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan bakal berlangsung pada hari ini di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Berikut adalah senarai penuh calon-calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 – 30 November 2013

1) Penjaga gol terbaik

Izwan Mahbub (Lions XII FC)
Norazlan Ismail (Selangor)
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Mohd Faizal Harun – (ATM)
Mohd Farizal Marlias – (Perak)

2) Pertahanan terbaik

Baihakki Khaizan (Lions XII FC)
Mahalli Jasuli (Selangor)
Azizi Mat Rose (Kelantan)
Razman Roslan (Pahang)
Jalaluddin Jaafar (Pahang)
Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)

3) Pemain tengah terbaik

Nurul Azwan Roya (JDT FC)
Mohd Badhri Radzi (Kelantan)
R.Gopinathan (Pahang)
Amirul Hadi Zainal (Pahang)
Christie Jayaseelan (ATM)
Joseph Kallang Tie (Sarawak)

4) Penyerang terbaik

Shahril Ishak (Lions XII FC)
Mohd Amri Yahyah (Selangor)
Norshahrul Idlan Talaha (JDT FC)
Mohd Norfarhan Mohd (Kelantan)
Mohd Azamuddin Akil (Pahang)
Hairuddin Omar (ATM)

5) Pemain harapan terbaik

Nik Shahrul Abdul Halim (Kelantan)
S.Sivanesan (Negeri Sembilan)
Junior Edstal (Sarawak)
Mohd Nasir Basharudin (Perak)
Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC)
K.Reuben (ATM)

6) Ketua jurulatih terbaik

V.Sundramoorthy (Lions XII FC)
Bojan Hodak (Kelantan)
Dollah Salleh (Pahang)
B.Sathianathan (ATM)
Robert Alberts (Sarawak)
Ismail Zakaria (KL Sime Darby FC)

7) Pemain import terbaik

Obinna Nwaneri (Kelantan)
Dickson Nwakaene (Kelantan)
Mathia Ruben Conti (Pahang)
Marlon Alex James (ATM)
Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS FC)
Karlo Primorac (KL Sime Darby FC)

8. Anugerah pemain paling bernilai
9. Persatuan bolasepak terbaik
10. Kelab terbaik
11. Kelab peminat terbaik
12. Pengadil terbaik
13. Penolong pengadil terbaik

Tunku Ismail Mahu Tahu Pilihan Mohd <b>Amirul Hadi</b> - MyNewsHub

Posted: 09 Nov 2013 01:31 AM PST


JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim atau Pahang?

Itu persoalan yang perlu dijawab Mohd Amirul Hadi Zainal kepada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan berita pemain tengah itu sudah menandatangani sambungan kontrak dengan pasukan Pahang.

Tunku Ismail dalam sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi di sini hari ini berkata, Mohd Amirul sebelum ini telah menyatakan hasrat bermain untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) pada kempen bola sepak Malaysia akan datang.

"Beliau dan keluarga beliau telah menghubungi PBNJ dan menyatakan hasrat untuk bermain untuk JDT. Pemain-pemain baharu yang lain sudah mengesahkan mereka akan bermain untuk JDT kecuali Mohd Amirul," katanya.

Tunku Ismail mengharapkan yang terbaik buat anak bekas pemain Selangor era 90-an Zainal Nordin sekiranya mengambil keputusan untuk kekal bersama-sama skuad Tok Gajah itu.

Dilaporkan sebelum ini Presiden Persatuan Bolasepak Pahang Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mendakwa Mohd Amirul sudahpun menyambung kontrak untuk bermain dengan pasukan tersebut.

JDT telah menandatangani pemain baharu yang terdiri daripada Norazlan Razali, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli dan Mohd Amri Yahyah dari Selangor; Mohd Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Mohd Syakir Syaari dan Mohd Nor Farhan Muhammad dari Kelantan; pemain Lions XII Hariss Harun, pemain Negeri Sembilan Mohd Nazrin Mohd Nawi serta pemain Harimau Muda A Mohammad Fadhli Mohammad Shas dan Mohd Irfan Fazail.

Mengenai musim depan, Tunku Ismail berkata pengurus JDT Cesar Ferrando Jiminez telah melakukan tugas yang baik di dalam menyediakan pasukan itu.

Katanya, pemain-pemain muda tempatan menjadikan Pablo Aimar dan Braulio Nobrega Rodriguez sebagai 'role model' mereka dengan harapan prestasi luar musim mereka kini dapat berterusan sehingga ke Liga Malaysia nanti.

Tunku Ismail turut mengumumkan JDT yang dulunya dikenali sebagai Johor Darul Takzim akan dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim manakala Johor FA yang bermain di dalam Liga Premier akan dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim II. – BERNAMA

Tunku Ismail Mahu Tahu Pilihan Mohd Amirul Hadihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Tunku-Ismail-Mahu-Tahu-Pilihan-Mohd-Amirul-Hadi.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Tunku-Ismail-Mahu-Tahu-Pilihan-Mohd-Amirul-Hadi-150x150.jpgMyNewsHub mySukanTerkini,

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta'zim atau Pahang? Itu persoalan yang perlu dijawab Mohd Amirul Hadi Zainal kepada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan berita pemain tengah itu sudah menandatangani sambungan kontrak dengan pasukan Pahang. Tunku Ismail dalam sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi di sini...

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta'zim atau Pahang? Itu persoalan yang perlu dijawab Mohd Amirul Hadi Zainal kepada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan berita pemain tengah itu sudah menandatangani sambungan kontrak dengan pasukan Pahang. Tunku Ismail dalam sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi di sini hari ini berkata, Mohd Amirul sebelum ini telah menyatakan hasrat bermain untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) pada kempen bola sepak Malaysia akan datang. "Beliau dan keluarga beliau telah menghubungi PBNJ dan menyatakan hasrat untuk bermain untuk JDT. Pemain-pemain baharu yang lain sudah mengesahkan mereka akan bermain untuk JDT kecuali Mohd Amirul," katanya. Tunku Ismail mengharapkan yang terbaik buat anak bekas pemain Selangor era 90-an Zainal Nordin sekiranya mengambil keputusan untuk kekal bersama-sama skuad Tok Gajah itu. Dilaporkan sebelum ini Presiden Persatuan Bolasepak Pahang Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mendakwa Mohd Amirul sudahpun menyambung kontrak untuk bermain dengan pasukan tersebut. JDT telah menandatangani pemain baharu yang terdiri daripada Norazlan Razali, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli dan Mohd Amri Yahyah dari Selangor; Mohd Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Mohd Syakir Syaari dan Mohd Nor Farhan Muhammad dari Kelantan; pemain Lions XII Hariss Harun, pemain Negeri Sembilan Mohd Nazrin Mohd Nawi serta pemain Harimau Muda A Mohammad Fadhli Mohammad Shas dan Mohd Irfan Fazail. Mengenai musim depan, Tunku Ismail berkata pengurus JDT Cesar Ferrando Jiminez telah melakukan tugas yang baik di dalam menyediakan pasukan itu. Katanya, pemain-pemain muda tempatan menjadikan Pablo Aimar dan Braulio Nobrega Rodriguez sebagai 'role model' mereka dengan harapan prestasi luar musim mereka kini dapat berterusan sehingga ke Liga Malaysia nanti. Tunku Ismail turut mengumumkan JDT yang dulunya dikenali sebagai Johor Darul Takzim akan dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim manakala Johor FA yang bermain di dalam Liga Premier akan dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim II. - BERNAMA

 

Amirul Hadi Zainal

Copyright 2010 All Rights Reserved