Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search |
<b>Amirul Hadi</b> Sarung Jersi JDT | MalaysiaSensasi.Net Posted: 05 Nov 2013 04:21 AM PST Admin | 11/05/2013 | Dalam kesibukan meraikan kejayaan menjulang Piala Malaysia, pasukan Pahang dikejutkan dengan berita pemain tengah mereka, Mohd Amirul Hadi Zainal ditawarkan kontrak menyertai Johor Darul Takzim (JDT) musim depan. Walaupun kontrak pemain berkenaan bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) hanya akan berakhir bulan depan, tawaran menarik yang diterima dengan pelbagai kemudahan termasuk gaji lumayan mungkin sukar dilepaskan pemain itu. Lebih mengejutkan apabila nama pemain itu sudah disenaraikan dalam pasukan bertaraf bintang itu bersama beberapa muka baru yang ditawarkan kontrak. Banyak kenangan manis Amirul berkata, banyak kenangan manis sepanjang bersama skuad Tok Gajah bimbingan jurulatih Dollah Salleh, justeru menyebabkan dia masih tidak lagi dapat membuat keputusan muktamad mengenai hala tuju masa depannya. Katanya, walaupun dia ada menerima tawaran dari JDT, ia masih di peringkat awal kerana kontrak bersama PBNP masih berbaki hingga bulan depan dan mustahil perjanjian baru boleh dilakukan. "Hanya selepas kontrak dengan PBNP tamat, baru boleh saya umumkan keputusan saya. Ini bagi mengelak sebarang masalah selain mungkin mencetuskan rasa tidak senang mana-mana pihak," katanya. Katanya, hatinya masih sayangkan Pahang, lebih-lebih baru semusim bersama pasukan itu dan kemuncaknya apabila berjaya menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Shah Alam, kelmarin. "Namun sebagai pemain saya perlu mengambil kira pelbagai perkara sebelum membuat keputusan sama ada mahu terus kekal bersama skuad Tok Gajah musim depan atau sebaliknya," katanya yang begitu bangga impian mendakap Piala Malaysia akhirnya menjadi kenyataan. ![]() ![]() Katogeri: Sukan |
BIODATA <b>AMIRUL HADI ZAINAL</b> | BIODATA BELIAU Posted: 28 May 2012 10:32 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Add a comment. Sidebar. BIODATA BELIAU. FOLLOW TWITTER. LIKE FACEBOOK. Gajet.my. Amanz.my. ILLUSI OPTIK. BIODATA PABLO AIMAR. IKLAN : MALAYSIA U22 VS QATAR U22 2012. BINTANG DALAM ... |
You are subscribed to email updates from Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan