"Keputusan itu beri perangsang untuk beraksi pada tahap tertinggi'
"FAM dah ambil tindakan dan saya akui amat lega. Keputusan FAM itu memberi perangsang kepada saya untuk beraksi pada tahap tertinggi bersama JDT.Saya yakin JDT yang dibarisi dengan pemain berkualiti mampu beri saingan sengit pada saingan Liga Super yang bermula 18 Januari ini dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu skuad itu membawa pulang satu piala pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim baru ini.Memang ada perbezaan dari segi taktikal tetapi saya tidak menghadapi masalah untuk menjiwai corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih.Persefahaman antara pemain juga tidak menimbulkan kesukaran. Saya tidak kekok kerana pernah beraksi bersama Safiq Rahim, Mahali Jasuli, Mohd Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha ketika bersama skuad kebangsaan.Ia membentuk kombinasi dan persefahaman yang mantap bagi mengharungi kempen Liga M nanti"
~YOL~