Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search |
“YOL” akan bantu JDT bawa Piala – Mohd <b>Amirulhadi Zainal</b> | JTimes Posted: 02 Jan 2014 01:23 AM PST "Keputusan itu beri perangsang untuk beraksi pada tahap tertinggi' "FAM dah ambil tindakan dan saya akui amat lega. Keputusan FAM itu memberi perangsang kepada saya untuk beraksi pada tahap tertinggi bersama JDT.Saya yakin JDT yang dibarisi dengan pemain berkualiti mampu beri saingan sengit pada saingan Liga Super yang bermula 18 Januari ini dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu skuad itu membawa pulang satu piala pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim baru ini.Memang ada perbezaan dari segi taktikal tetapi saya tidak menghadapi masalah untuk menjiwai corak latihan yang diterapkan oleh jurulatih.Persefahaman antara pemain juga tidak menimbulkan kesukaran. Saya tidak kekok kerana pernah beraksi bersama Safiq Rahim, Mahali Jasuli, Mohd Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha ketika bersama skuad kebangsaan.Ia membentuk kombinasi dan persefahaman yang mantap bagi mengharungi kempen Liga M nanti" |
<b>Amirulhadi Zainal</b> ( YOL ) Sah Milik Johor Darul Takzim - Johor DT <b>...</b> Posted: 27 Dec 2013 06:38 PM PST KONTROVERSI yang melibatkan bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal selesai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu menjadi milik Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim depan. Pemain berusia 27 tahun yang juga mesra dengan panggilan 'Yol' itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT untuk musim depan. Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, penyertaan Amirulhadi ke Harimau Selatan tidak menjadi isu selepas pihaknya mendapati perjanjian Amirulhadi bersama PBNP tidak sah. Amirulhadi dan Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya turut hadir pada mesyuarat itu. Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga pihak dibenarkan mengemukakan rayuan kepada FAM sebelum Rabu ini. |
You are subscribed to email updates from Amirul Hadi Zainal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |